Gaya hidup masakini memerlukan muslimah bergerak aktif dalam berbagai lapangan dan bidang kehidupan. Tetapi sebagai seorang muslimah kita perlu terus berpegang pada prinsip dan teras akidah muslim sejati tanpa kompromi. Berpakaian dengan menutup aurat adalah menjadi sebahagian teras pegangan seorang muslimah.
Dengan hasrat tersebut, saya bersama rakan-rakan telah mengambil inisiatif untuk mengeluarkan dan memasarkan produk T-Shirt muslimah dengan jenama "Ana Solehah". Tujuan kami adalah bagi memberi kemudahan dan keselesaan kepada para muslimah bagi menjalankan aktiviti seharian.
Lima tema pakaian kami adalah :-
1. Memenuhi kehendak Syariat dalam menutup aurat
2. Bebas dan mudah bergerak bagi menyempurnakan tugas harian khususnya di luar rumah
3. Berfesyen
4. Sesuai dipakai untuk banyak acara dan suasana
5. Berkualiti dengan jahitan yang selesa dipakai
Saya menjemput para muslimah (muslimin pun boleh juga) untuk melayari blog saya ini dan memilih mana-mana t-shirt yang bersesuaian dengan citarasa puan sekalian. Semoga sedikit usaha kita ini diberkati ALLAH bagi menunaikan tugas dan kewajipan seharian sebagai seorang muslim sejati dalam rangka waktu yang terbatas sebelum menemuiNYA.
Terima kasih atas perhatian semua.
NOR AIZAN SAID @ ISMAIL
012-339 3573